Wednesday, February 10, 2016

Kenduri Kendara @ Perlis sempena Cuti Tahun Baru Cina

Salam semua, 
Banyak betul kenduri kendara di Perlis sempena cuti Sambutan Tahun Baru Cina. Orang sekarang dah 'ada-ada' dan berpoket tebal. Sikit sahaja perkara-perkara dibuat secara gotong royong dan selebihnya dibuat secara katering kerana tidak tidak mahu susahkan adik beradik dan jiran tetangga. Dulu masak secara gotong royong, pelamin digubah sendiri. 

Sekarang, katering mengambil alih. Ikut peredaran zaman kan, orang sekarang semakin sibuk dan kurang masa untuk melakukan bersama-sama. Dulu-dulu menginap rumah adik bradik aje. Kalu rumah sempit, adik bradik ramai pasrah jekan. Tapi sekarang homestay pun banyak macam cendawan tumbuh musim hujan. Jadi privacy sket untuk adik bradik dan tetamu yang datang. Tuan rumah pun tak perlu kalut2 untuk melayan tetamu bagai dan tetamu pun ada privacy sendiri.

 Jom layan gambar kenduri kendara


Kenduri di rumah keluarga angkat. Katering
cantik betul..alhamdulillah rezeki keluarga pengantin
Che Eina & Che Wan @ Kenduri. Che Wan tekun menghirup kuah laksa. Sila abaikan tudung Che Eina yang herot petot..

Nape Che Wan menjeling gitu?
Che Eina bersama geng2 kelas tingkatan 4 dan 5 c dulu-dulu..last bersama umur 17 tahun. Sekarang umur 36 tahun. Muka maintain sama, cuma badan x ble maintain..you know what im try to say..hahahah

Bersama abang angkat..Che Eina panggil dia abg Chik..dulu-dulu tumpang keluarga angkat ke sekolah naik motor. Che Eina dok di depan sekali dalam raga motor. Abg Chik dok belakang sekali. Kadang-kadang Che Eina dok tengah-tengah antara arwah pak angkat dan abg Chik..terpenyek beb sebab che Eina kecik je dulu..sekarang tengok siapa yang terlebih sihat
Rumah abang Chik dalam pembinaan..canteq beb, besar gila!..flyover naik ke rumah ke tu?.sila abaikan kain tudung yang herot petot..angin timuq kuat sampai nak tercabut kain tudung!
Anak saudara..Rawida dan Raziq
Just 4 of us..Che Wan, Che Eina + 2 orang anak saudara.
Che Eina berjanji dengan diorang, klu diorang tlg kemas homestay, 

diorang dpt upah pegi kenduri..

Snap lain, asyik gbr reject jer..mcm2 budak ni..
Ini kakak kepada bang Chik. 
Kecik2 dulu Che Eina asyik kena buli dengan diorang la sbb diorg berumur dr Che Eina..
Diorg gaduh tarik2 rambut, Che Eina pun kena juga la tempias..kih3..besaq2 pun kena buli juga..huhuhuu..tapi tengok badan sapa lebih besar..adik lebih besar dari kakak..sila abaikan nape kain menggelembung sbb angin timoq tiup
Asyik2 taruk gambar control ayu je, ini Che Eina bagi gambar Che Eina terperanjat..kah3..

Kemudahan (gambar)

Homestay Pauh Putra Arau Perlis


Jom layan Homestay Pauh Putra dalam bentuk video!


Jaringan

Berikut tempat-tempat yang paling hampir dengan homestay ini. Maklumat lanjut sila klik

-Kompleks Beli Belah Padang Besar (15 minit)
-  Arau (5 minit), Simpang Empat (15 minit), Jejawi (15 minit),Padang Besar (15 minit),  jeti Kuala Perlis (20 minit), Kangar (25 minit), Wang Kelian (35 minit),Kodiang, Kedah (10 minit, Changloon, Kedah (15 minit).

Berhampiran Politeknik & UNIMAP Pauh. Biar gambar berbicara


Hubungilah sekarang untuk tempahan homestay!:
En. Ridzuan - 0124197357
Pn. Zairina   - 0174696110
Harga : 
RM140.00 (Hari Pertama) & 
RM130.00 (Hari Kedua & seterusnya)
Masa : 
Check In : 2.00 petang 
Check Out : 12 tgh hari


Berminat dengan lain-lain homestay?
Jom menginap di Homestay Tambun Tulang Arau, Perlis. 

Homestay Tambun Tulang Arau Perlis mempunyai pakej rumah teres 2 bilik, rumah 3 bilik dan rumah 5 bilik.  Maklumat lanjut, sila klik Homestay TambunTulang Arau Perlis 


( homestay arau, homestay kolej komuniti perlis, homestay kuala perlis, homestay matrikulasi perlis, homestay padang besar, homestay perlis, homestay uitm arau, homestay Ulu Pauh, homestay unimap, homestay universiti malaysia perlis, homestay universiti utara malaysia, homestay Sedhu ram pauh, homestay politeknik tuanku syed sirajuddin perlis )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...