Menarik @ Perlis


TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PERLIS UNTUK DILAWATI (PELANCONGAN)

TAMAN REKREASI BUKIT AYER

Bukit Ayer terletak di Sungai Batu Pahat, Perlis. Bersesuaian dengan kesegaran persekitaran dan kesuburan tumbuhan hijau serta kedinginan air terjun, Bukit Ayer lengkap untuk dijadikan tarikan kepada sesiapa yang sememangnya cintakan alam semulajadi. Ia merupakan tempat yang paling baik untuk pengunjung sekeluarga menjalankan aktiviti perkemahan serta berkelah di sini. Disamping itu juga terdapat kemudahan awam disediakan bagi memudahkan pengunjung yang berkunjung ke sini.


Hutan Lipur Bukit Ayer terletak 12 km dari Bandar Kangar. Beberapa kemudahan disediakan untuk seperti pusat penerangan, chalet, tapak perkemahan, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan tempat letak kereta. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Kangar



TASEK MELATI

Tasik Melati terletak 8 km ke utara Kangar di dalam kawasan seluas 10 hektar. Sementara tasik seluas 4.5 hektar ini terletak di kawasan tanah jenis paya / gambut. Terdapat lebih dari 150 buah pulau kecil di sekitarnya yang boleh dilawati dengan menggunakan bot atau sampan.


Tasik Melati juga merupakan satu tasik yang kecil dengan airnya yang cetek dan sangat menarik. Lebih dari 150 buah pulau-pulau beting pasir boleh dilihat bertaburan ditasik ini. Siarkaki telah dibina merintangi tasik ini untuk membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik, di sepanjang siarkaki ini juga disediakan tempat beristirehat.


Tasik Melati terletak di utara Kota Kangar, Perlis. Ia adalah sebuah tasik yang kecil tapi indah. Ia mendapat namanya melalui bunga teratai yang terapung-apung di atas air. Tasik buatan manusia ini menjadi kesukaan orang ramai untuk berkelah, dan juga agak sesuai untuk menenangkan fikiran.



GUA KELAM

Gua Kelam adalah merupakan salah satu gua yang paling menarik di Malaysia iaitu gua yang berukuran 370-meter panjang yang berhampiran dengan pekan kecil Kaki Bukit. Gua Kelam terletak di Kaki Bukit yang jauh lebih kurang 36 km dari Bandar Kangar. Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit. Terbaru, Gua Kelam bakal menjadi tarikan baru di Perlis. Meliputi 370m gua batu kapur dan terletak di sebuah bandar kecil di Kaki Bukit. Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaannya di mana kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Untuk merentasi ke dalam gua ini, disediakan sebuah jambatan gantung untuk pelawat. Taman Rekreasi Gua Kelam adalah terkenal dengan jalan gua (“cave walk”)


Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua. Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris menyedari bahawa laluan sungai di sini adalah cara yang baik untuk mengangkut bijih timah dari sebuah lombong berhampiran sungai ini menerusi gua bawah tanah ke Kaki Bukit. Kini pelawat tempatan dan asing boleh berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan kayu yang diterangi cahaya lampu.



TAMAN NEGERI


Taman Negeri terletak di Sempadan Barat Negeri Perlis di mana Semenanjung Malaysia bercantum dengan Thailand. Ia berkedudukan di atas Banjaran Bukit Batu Kapur yang terpanjang di Malaysia (Banjaran Nakawan). Ia mempunyai lereng bukit yang diselubungi hutan tebal, dinding batu yang curam, anak sungai dan gua yang terpanjang. Taman Negeri terdiri dari hutan simpan Mata Ayer dan Hutan Simpan Wang Mu.


Tarikan Unggul Taman Negeri
  • Keindahan flora dan fauna
  • Trek Kambing Gurun
  • Air Terjun Lata Kasih
  • Penghijrahan pelbagai spesies burung
  • Pemandangan Panaroma tasik
TAMAN HERBA

Ditubuhkan pada tahun 1998 dengan keluasan 12 hektar, Taman Herba berfungsi untuk menempatkan koleksi tumbuh-tumbuhan ubatan yang digunakan oleh penduduk setempat khasnya dan tumbuhan ubatan lain amnya. Ianya juga boleh dijadikan sebuah “muzium” tumbuhan ubatan di mana taman ini dibuka kepada pelawat seluruh negara yang ingin mengenali dan mengetahui jenis dan kegunaan tumbuh-tumbuhan ini. Koleksi tumbuhan yang terdapat di sini terdiri dari tumbuhan liar yang sedia ada di taman ini (in-situ), tumbuh-tumbuhan ubatan yang didatangkan dari tempat lain (ex-situ) dan tumbuh-tumbuhan ubatan yang berasal dari negara lain yang telah lama diperkenalkan di negeri ini.Sehingga tahun 2000. koleksi Taman Herba telah menjangkau sehingga 600 spesies. Di antara tumbuhan ubatan terkenal yang terdapat di sini ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Cekor, Halia, Serai, Mengkudu, Selasih, Kayu Manis dan lain-lain lagi. Sesetengah tumbuhan di sini merupakan tanaman yang lazimnya ditemui di sekeliling rumah anda seperti Bunga Raya, Bunga Tahi Ayam, Senduduk, Pokok Kapal Terbang, Sireh, Kesom, Pinang dan Pisang. Ianya dipamerkan di sini untuk memberi kefahaman kepada pelawat terhadap nilai sebenar tumbuh-tumbuhan ubatan kepada manusia.


TAMAN BUNGA KERTAS

Taman bunga kertas Tuanku Lailatul Shahreen merupakan salah satu destinasi terbaru pelancongan yang ditonjolkan dan menjadi satu daya tarikan pelancong yang datang ke Negeri Perlis. Taman yang dibina di Laman Cenderawasih, pinggir Bukit Lagi bersebelahan Taman Budaya Negeri itu adalah diambil sempena nama Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah.

MUZIUM KOTA KAYANG

Muzium Kota Kayang merupakan sebuah muzium yang terletak di Perlis. Muzium Kota Kayang terletak bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung. Di sini ia banyak menceritakan sejarah Kota Kayang.Ia terletak di tapak pengebumian Sultan Kedah pada kurun ke–16. Segalanya berkisar penemuan arkeologi di sekitar Negeri Perlis. Selain itu, koleksi simpanan raja – raja juga terdapat di sini.

Di sini juga pengunjung dapat melihat binaan Makam DiRaja dimana ia menggunakan kayu raja sebagai tanda dan diberi mana Makam Al-Marhum Kayang. Terdapat tiga galeri iaitu galeri am yang mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, peralatan harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan sekitar negeri Perlis serta galeri Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik
BANDAR DI RAJA ARAU



Bandar diraja yang menjadi bandar kedua terpenting selepas ibu negeri sering dirujuk sebagai tempat bersemayam Sultan dan Raja negeri di Malaysia. Mungkin ramai dari kita kurang perasan, sebenarnya bandar diraja adalah ibu negeri yang pertama kepada negeri berkenaan kerana kedudukan strategik di muara sungai. Lazimnya, di sini tarikan pelancongan utama yang seharusnya dikunjungi khususnya ketika musim cuti sekolah kerana menempatkan sejarah dan warisan bangsa yang perlu diteroka oleh generasi muda.


Bandar Arau terletak kira-kira 10 kilometer dari Kangar ialah bandar diraja bagi negeri Perlis. Di sini ada istana, makam diraja, masjid negeri dan bangunan awam seperti pejabat pos, bomba dan stesen keretapi. Bandar Arau ini juga dikenali sebagai bandar ilmu kerana di sini ada beberapa pusat pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Matrikulasi, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Agama Alwiah Ad Diniah iaitu sebuah sekolah agama yang mula-mula dibina di Perlis. Tarikan utama ke Arau ialah Galeri Diraja Arau menjadi antara tarikan terbaru di Bandar Diraja Arau kerana menempatkan pelbagai barangan koleksi kesayangan Raja Perlis.


EMPANGAN TIMAH TASOH

Adakah anda seorang pencinta alam? Jika benar, Empangan Timah Tasoh sudah pasti tersenarai dalam daftar minda anda sebagai tempat yang mendamaikan.empangan_timah Empangan bernilai RM77 juta itu yang mula dibina pada 1987 membentuk tasik buatan manusia seluas 13.3 kilometer persegi di kawasan Beseri apabila ia mula beroperasi pada 1992. Ia bertujuan sebagai pusat tadahan air hujan bagi kegunaan penduduk Negeri Perlis. Di empangan ini ia dapat menadah air sebanyak 33.3 juta meter padu


LADANG ANGGUR PERLIS

Perlis yang sebelum ini terkenal unik sebagai satu-satunya negeri yang mampu menghasilkan produk mempelam harumanis, kini telah menerima satu lagi mercu tanda baru dalam bidang pertanian melalui projek penanaman anggurnya.
Projek tanamam anggur diusahakan oleh Jabatan Pertanian Perlis (JPP) di kawasan Bukit Bintang berhampiran dengan Tasik Timah Tasoh. Melalui projek ini, anggur pertama di ladang terbabit diusahakan di atas tapak seluas 0.8 hektar dengan jumlah 800 pokok daripada jenis IAC, selain lima hektar tanah lagi membabitkan empat jenis anggur iaitu White Malaga, Black Queen, Black Opal dan Loose Perlitte. Anggur negara ini terutama di Perlis mempunyai rasa yang begitu manis dan mampu menyaingi anggur dihasilkan negara pengeluar lain seperti Perancis, Amerika Syarikat dan Itali. Antara jenis anggur yang popular termasuk New White Malaga, IAC, Black Opal, Green Loos Perlette, Black Queen dan Kyoho.
Melalui perancangan, semua hasil anggur Perlis ini akan dijual dalam bentuk segar, selain diproses menjadi jus, jeruk dan jem. Selain buah, pokok anggur juga mempunyai nilai tambah kerana daunnya boleh diproses menjadi herba teh anggur, kulit buahnya pula dijadikan jus, manakala isinya pula dijadikan tepung dan bijinya untuk diproses menjadi minyak.


TAMAN ULAR REPTILIA

Taman Ular ini diwujudkan hasil daripada penyelidikan mengenai habitat spesies ular yang terdapat di Malaysia. Ia merupakan Taman Pembiakan dan Penyelidikan Ular terbesar di Malaysia. Di Taman Ular ini, terdapat lebih daripada 20 spesis ular dan juga spesies-spesies lain seperti buaya, biawak, kuda, kura-kura, memerang, dan lain-lain.


MENIKMATI  PANORAMA & MAKANAN LAUT DI PANTAI KUALA PERLIS
Makanan laut sangat terkenal di persisiran pantai kuala Perlis. Makanan laut yang dihidangkan di sini semuanya berkeadaan segar. Pelbagai pilihan makanan disediakan untuk memenuhi selera pengunjung. Kebiasaannya makanan laut ini dinikmati pada waktu malam sambil ditiup bayu angin laut.Tidak ketinggalan laksa Kuala Perlis yang sedap dan menyelerakan.


TEMPAT MEMBELI BELAH TERKENAL
PUSAT MEMBELI BELAH PADANG BESAR

     

Padang Besar adalah antara lokasi terkenal yang menawarkan pasar terbuka di negara ini. Di sini, terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang murah. Ini kerana kebanyakan barangan yang dijual disini diimport dari negara Thailand. Antaranya ialah pakaian, barangan perhiasan, kelengkapan rumah, permainan, barangan kulit dan juga makanan. Begitupun, tarikan pengunjung kesiniImage tentulah kepada kedai–kedai yang menjual barangan tiruan yang berjenama terkenal. Waktu urusan bagi urusan keluar masuk sempadan adalah dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 malam bagi pintu Padang Besar.


Projek mengindahkan Padang Besar sedang rancak dijalankan dan disekitar kompleks membeli-belahnya sudah nampak perubahan yang dilakukan. Dua gambar di atas adalah antara contoh projek mencantikkan Pandang Besar.Kompleks Arked Niaga di Padang Besar ini merupakan tumpuan utama bagi pengunjung untuk membeli-belah. Tapi sekarang dah banyak kedai dan gerai yang dibina di sekitar kompleks ini untuk membeli-belah.

·
PASAR AHAD WANG KELIAN

Selain Padang Besar, Wang Kelian adalah merupakan salah satu tarikan membeli-belah di sempadan negeri ini. Pekan kecil yang terletak sempadan dengan Wang Prachan, Thailand yang sememangnya terkenal dengan gerai-gerai jualan yang dibuka setiap hari. Aktiviti jualan lebih rancak diadakan pada pagi Ahad setiap minggu.
Salah satu tarikan di Pekan Wang Kelian ialah Nat Wang Kelian. Ia diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Lazimnya, kemeriahan dan kemunculan lebih banyak gerai dapat dilihat pada pagi hari Sabtu dan berlanjutan hingga ke hari Ahad. Namun pasar ini juga telah dibuka setiap hari.
Keistimewaan pasar pada hari Ahad pula ialah pelancong tempatan berpeluang menyeberang tembok batu sempadan Malaysia-Thailand tanpa perlu menggunakan dokumen perjalanan.


Rujukan :

http://www.perlis.gov.my/index.php/ms/pelancongan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...