Tuesday, February 9, 2016

Cabaran @ Homestay Pauh Putra (Ulu Pauh), Arau Perlis

Salam semua, Alhamdulillah 

Homestay Pauh Putra Arau Perlis mulai beroperasi dan mendapat sambutan dari pelanggan. Rata-rata yang menginap memuji perkhidmatan yang diberikan. Rumah bersih, selesa..mestilah kan rumah baru.. Alhamdulillah..

Saya ingin bercerita mengenai masalah di Homestay Pauh Putra, Arau Perlis. Lain homestay lain cabarannya. Dahulu Homestay Tambun Tulang Arau Perlis mempunyai masalah mengenai tekanan air rendah, bumbung bocor apabila hujan lebat dan paip tandas tersumbat. Alhamdulillah, segala masalah tersebut telah selesai.

Berbanding masalah yang terdapat di Homestay Tambun Tulang Arau Perlis, Homestay Pauh Putra Arau Perlis mempunyai masalah berkaitan daun-daun kering berterbangan apabila angin sepoi-sepoi bahasa tiup. Seperti cerita Mohabbatein gitu..daun-daun kering berterbangan apabila angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

..kih3..Daun-daun kering terhampar di setiap pekarangan rumah. silap-silap haribulan orang ingat rumah tak berpenghuni dan malas nyer tuan rumah nak menyapu..huhuhuu..5 minit menyapu, datang balik daun-daun kering..Acaner tu?..

jom tengok..biar gambar berbicara..

Anak lelaki diajar cuci longkang. Pak sedara tlg ajarkan cara cuci longkang
Ajar anak mengemas dari kecil. Mak dulu-dulu lagi teruk tau..umur 9 tahun dah pandai memasak..Ok, kita upah pegi kenduri pasni

Lima minit kemudian
Alhamdulillah..rumah dah bersih
tiada habuk-habuk dan daun kering
                                      10  minit kemudian

Angin mulai meniup sepoi-sepoi bahasa


Kembali kepada asal..daun-daun kering bertebaran
Kemudahan (gambar)

Homestay Pauh Putra Arau Perlis


Jom layan Homestay Pauh Putra dalam bentuk video!


Jaringan

Berikut tempat-tempat yang paling hampir dengan homestay ini. Maklumat lanjut sila klik

-Kompleks Beli Belah Padang Besar (15 minit)
-  Arau (5 minit), Simpang Empat (15 minit), Jejawi (15 minit),Padang Besar (15 minit),  jeti Kuala Perlis (20 minit), Kangar (25 minit), Wang Kelian (35 minit),Kodiang, Kedah (10 minit, Changloon, Kedah (15 minit).

Berhampiran Politeknik & UNIMAP Pauh. Biar gambar berbicara

Hubungilah sekarang untuk tempahan homestay!:
En. Ridzuan - 0124197357
Pn. Zairina   - 0174696110
Harga : 
RM140.00 (Hari Pertama) & 
RM130.00 (Hari Kedua & seterusnya)
Masa : 
Check In : 2.00 petang 
Check Out : 12 tgh hari


( homestay arau, homestay kolej komuniti perlis, homestay kuala perlis, homestay matrikulasi perlis, homestay padang besar, homestay perlis, homestay uitm arau, homestay Ulu Pauh, homestay unimap, homestay universiti malaysia perlis, homestay universiti utara malaysia, homestay Sedhu ram pauh, homestay politeknik tuanku syed sirajuddin perlis )






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...