Sunday, July 31, 2016

Sambutan Homestay Pauh Putra Arau Perlis bulan Julai 2016

Salam semua,

Alhamdulillah bulan Julai 2016 telah melabuhkan tirainya. Pelbagai peristiwa penting di dalam bulan Julai antaranya sambutan Aidilfitri pada 6&8 Julai 2016. Tidak lupa juga konvokesyen pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin pada 18-21 Julai 2016. Tahniah kepada para pelajar semoga beroleh pekerjaan yang baik kelak. 

Sekalung penghargaan kepada pelanggan yang telah menginap di Homestay Pauh Putra, Arau Perlis dan Homestay Tambun Tulang, Arau Perlis sepanjang bulan Julai 2016. Terima kasih kerana memilih dan memberi kepercayaan kepada kami dalam menyediakan perkhidmatan yang selesa kepada anda pada harga berpatutan. 

Sepanjang bulan Julai, ada yang memilih homestay kami untuk menginap bersama kaum keluarga yang jauh dalam merayakan Aidilfitri bersama sanak saudara di Perlis. Trend pulang beraya di kampung dan menginap di homestay telah dipraktikkan kerana homestay selesa, ada yang ingin menjaga aurat kerana anak-anak besar panjang dan sanak-saudara semestinya ramai. Apa yang saya lihat, pelanggan yang menginap di homestay saya pada musim perayaan adalah apabila siang mereka tiada di homestay, ini menandakan mereka berkunjung ke rumah sanak saudara dan pulang ke homestay apabila lewat malam untuk tidur. Ini menunjukkan tiada istilah renggang silaturrahim apabila menginap di homestay. Tepuk dada tanya iman!

Alhamdulillah, homestay Tambun Tulang Arau Perlis dan Homestay Pauh Putra Arau Perlis juga menjadi destinasi penginapan kaum keluarga untuk majlis konvokesyen di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Arau Perlis pada 18-21 Julai 2016. Maaf kepada yang menghubungi kami untuk menginap tetapi homestay fulled!

Tidak lupa juga yang menginap di homestay kami kerana mempunyai kerja di Universiti Malaysia Perlis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan kawasan sekitar Arau dan Kangar!

Silalah datang lagi!


Homestay Pauh Putra Arau Perlis

Homestay Tambun Tulang Arau Perlis

Alhamdulillah..pelanggan yang memilih homestay kami sepanjang bulan Julai. Anda ingin menginap? tempahlah sekarang!


Jaringan

Berikut tempat-tempat yang paling hampir dengan homestay ini. Maklumat lanjut sila klik

-Kompleks Beli Belah Padang Besar (15 minit)
-  Arau (5 minit), Simpang Empat (15 minit), Jejawi (15 minit),Padang Besar (15 minit),  jeti Kuala Perlis (20 minit), Kangar (25 minit), Wang Kelian (35 minit),Kodiang, Kedah (10 minit, Changloon, Kedah (15 minit).

Homestay Pauh Putra Arau Perlis


Jom layan Homestay Pauh Putra dalam bentuk video!




Hubungilah sekarang untuk tempahan homestay!:

Pn. Zairina   - 0174696110
Harga : 
RM140.00 (Hari Pertama) & 
RM130.00 (Hari Kedua & seterusnya)
Masa : 
Check In : 2.00 petang 
Check Out : 12 tgh hari


Berminat dengan lain-lain homestay?
Jom menginap di Homestay Tambun Tulang Arau, Perlis. 

Homestay Tambun Tulang Arau Perlis mempunyai pakej rumah teres 2 bilik, rumah 3 bilik dan rumah 5 bilik.  Maklumat lanjut, sila klik Homestay TambunTulang Arau Perlis 


( homestay arau, homestay kolej komuniti perlis, homestay kuala perlis, homestay matrikulasi perlis, homestay padang besar, homestay perlis, homestay uitm arau, homestay Ulu Pauh, homestay unimap, homestay universiti malaysia perlis, homestay universiti utara malaysia, homestay Sedhu ram pauh, homestay politeknik tuanku syed sirajuddin perlis, homestay Chuping Perlis, homestay berdekatan felda chuping, homestay pauh perlis )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...