Menarik @ homestay

Tarikan Istimewa

Homestay Pauh Putra ini amat istimewa kerana kedudukan di dalam kampung dan dikelilingi oleh pohon-pohon menghijau, udara yang segar dan angin sempoi-sempoi bahasa. Suasananya teduh dan sejuk kerana dikelilingi pohon menghijau.
Pemandangan sekitar kampung
Anda akan terpesona dengan bunyi kicauan burung merbok di waktu pagi, ayam berkokok,tupai melompat dan tiada bunyi bising kenderaan. Lena anda dibuai mimpi indah, dan anda akan terbangun dengan mendengar kicauan burung dan bukannya hiruk pikuk kenderaan dan kesibukan kota.

Usah risau kerana homestay ini berada di dalam kawasan kejiranan yang terjamin keselamatan. Pada sebelah petang, kanak-kanak riuh rendah bermain di pekarangan kampung dan jiran tetangga berkumpul dan bersembang.Rakyat negeri Perlis adalah hemoi (ramah tamah).

jiran tetangga di Hompestay Pauh Putra
Hidup cara kampung (Village lifestyle)

Pelancong juga berpeluang hidup cara kampung seperti mengail ikan di kolam dan sungai berhampiran, mengutip sayur dan ulaman di sekitar kampung, melihat orang menoreh getah dan menanam sayur dan pemandangan sawah padi.


tempat mengail ikan
Kenali jiran anda!

Homestay Pauh Putra berada di dalam kawasan kejiranan kampung yang selamat. Jom kenali jiran-jiran homestay..
Pemandangan di hadapan homestay. Rumah Pat Mat (kiri)

Rumah untuk disewa

Rumah Bang Li. Tukang rumah. Beliau orang yang bertanggungjawab membina homestay Pauh Putra

Rumah bersebelahan homestay (rumah Pak Awang)

Rumah sewa pelajar Politeknik & UniMAPs. 
Makanan amatlah murah & sedap!

Sekiranya anda malas untuk memasak di homestay, anda bolehlah membeli makanan di tepi jalan kampung menuju homestay. Makanan teramatlah murah dan lazat sekali..jom intai menu. 
Bihun sup siam RM2.00 ..murah giler!
Menu Nasi lemak (RM1), Koteaw sup (RM2), Kerabu meggi (RM3), kerabu kaki ayam (RM3) laksa (RM2.00)
Bihun @ sup siam..merecik peluh..air masak free..Kbai
Kedai makanan kampung
Selain itu, terdapat restoran terkenal berhampiran homestay untuk anda singgah menikmati selera seperti Restoran Bunga Serai. Menu istimewanya seperti tomyam kelapa, makanan seafood, steamboat dan sebagainya. Sila klik, Restoran Bunga Serai untuk maklumat lanjut.
Tomyam Kelapa & Seafood

Restoran Bunga Serai
Aktiviti berbasikal & sukan motor lasak.  Sila klik

Sekiranya anda pengemar aktiviti berbasikal, jangan ketinggalan untuk melakukan aktiviti tersebut di Homestay Pauh Putra Arau Perlis. Ini adalah kerana terdapat lokasi menarik untuk anda berbasikal seperti di Ladang Tebu yang menghala ke Padang Besar dan jalan lama belakang Politeknik. Ladang Tebu, Chuping turut menjadi lokasi sukan lasak permotoran.
keratan akhbar memaparkan panorama keindahan Ladang Tebu

DYTM Tengku Raja Muda Perlis (paling kanan sebelah hadapan) turut berbasikal mengelilinng kampung Laalng, Ulu Pauh (Pauh Putra)sambil memberi bantuan zakat kepada penduduk kampung.

Bergambar di hadapan homestay Pauh Putra Arau Perlis

( homestay arau, homestay kolej komuniti perlis, homestay kuala perlis, homestay matrikulasi perlis, homestay padang besar, homestay perlis, homestay uitm arau, homestay Ulu Pauh, homestay unimap, homestay universiti malaysia perlis, homestay universiti utara malaysia, homestay Sedhu ram pauh, homestay politeknik tuanku syed sirajuddin perlis, homestay Chuping Perlis, homestay berdekatan felda chuping, homestay kuala perlis, homestay padang besar, homestay changlun, homestay bukit kayu hitam, homestay felda laka selatan, homestay pauh perlis )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...