Friday, May 19, 2017

Tahun 2022/2023 Tempahlah sekarang!! - 0174696110 (Che Eina)

HOMESTAY PAUH PUTRA RM130.00 (FULL AIRCOND) - 0174696110 untuk tempahan


Homestay Pauh Putra terletak di Kampung Lalang, Ulu Pauh (Ulu Pauh juga dikenali sebagai Pauh Putra) Arau Perlis. Kampung ini terletak di tepi Highway Changloon~Kuala Perlis dan berdekatan dengan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan UniMAPs Pauh (3 minit). 

Ciri-Ciri Homestay



Homestay ini mempunyai 2 unit rumah berkembar kecil. 1 rumah mempunyai 2 buah bilik yang SELESA untuk maximum 5 orang penghuni dan tidak melebihi 7 orang.  Sekiranya anda mempunyai keluarga yang ramai, dicadangkan mengambil 2 rumah. Pihak homestay tidak menjamin keselesaan anda sekiranya penghuni melebihi had yang dinyatakan. 

Homestay Pauh Putra, Arau, Perlis
Homestay Pauh Putra, Arau, Perlis. Pandangan hadapan




1 rumah = 2 bilik tidur, 2 bilik air, 1 ruang tamu, 1 ruang masak
2 rumah = 4 bilik tidur, 4 bilik air, 2 ruang tamu, 2 ruang masak

Kemudahan-kemudahan  (sila klik)

  1. 2 bilik tidur berhawa dingin - Bilik tidur utama dilengkapi katil queen size, penghawa dingin, kipas angin dan almari manakala bilik tidur yang ke 2 dilengkapi katil single 2 unit, kipas angin, penghawa dingin dan almari.
  2. 2 bilik air - 1 tandas  dilengkapi tandas duduk dan 1 tandas dilengkapi tandas cangkung. Bilik air turut dilengkapi sabun mandi dan air pancuran.
  3. Ruang Tamu - Dilengkapi daybed, sofa, tv+astro njoi
  4. Dapur - Dilengkapi peti ais, rice cooker, cerek lektrik, toaster, dapur memasak, periuk, pinggan mangkuk, gelas dll
  5. Ruang santai - terletak di ruang balkoni homestay. Dilengkapi kerusi dan meja. sesuai untuk anda beristirehat sambil menghirup udara segar dan melihat pemandangan luar 
  6. Lain-lain- mesin basuh, seterika, bantal & selimut tambahan, toto, tuala
    Pelbagai kemudahan di Homestay Pauh Putra Arau Perlis
Lain-lain Kemudahan

  1. Berdekatan kedai makan, kedai runcit
  2. Tempahan katering dan sewaan kenderaan
Tarikan Istimewa (Sila Klik)

Homestay Pauh Putra ini amat istimewa kerana kedudukan di dalam kampung dan dikelilingi oleh pohon-pohon menghijau, udara yang segar dan angin sepoi-sepoi bahasa. Suasananya teduh dan sejuk kerana dikelilingi pohon menghijau.



Anda akan terpesona dengan bunyi kicauan burung merbok di waktu pagi, ayam berkokok,tupai melompat dan tiada bunyi bising kenderaan. Lena anda dibuai mimpi indah, dan anda akan terbangun dengan mendengar kicauan burung dan bukannya hiruk pikuk kenderaan dan kesibukan kota.

Usah risau kerana homestay ini berada di dalam kawasan kejiranan yang terjamin keselamatan. Pada sebelah petang, kanak-kanak riuh rendah bermain di pekarangan kampung dan jiran tetangga berkumpul dan bersembang.Rakyat negeri Perlis adalah hemoi (ramah tamah).

Hidup cara kampung (Village lifestyle)

Pelancong juga berpeluang hidup cara kampung seperti mengail ikan di kolam dan sungai berhampiran kampung, mengutip sayur dan ulaman di sekitar kampung, melihat orang menoreh getah dan menanam sayur dan pemandangan sawah padi di sekitar kampung.

Tanaman sayur

Jaringan

Berikut tempat-tempat yang paling hampir dengan homestay ini. Maklumat lanjut sila klik

-Kompleks Beli Belah Padang Besar (15 minit)
-  Arau (5 minit), Simpang Empat (15 minit), Jejawi (15 minit),Padang Besar (15 minit),  jeti Kuala Perlis (20 minit), Kangar (25 minit), Wang Kelian (35 minit),Kodiang, Kedah (10 minit, Changloon, Kedah (15 minit).

Peta Lokasi 



Peta lokasi Homestay Pauh Putra (Ulu Pauh) Arau Perlis. Berdekatan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin &  Universiti Malaysia Perlis (Unimap)






Berhampiran Politeknik & UNIMAP Pauh. Biar gambar berbicara

Apa kata pelanggan homestay?
Alhamdulillah, semua pelanggan homestay berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Walaupun rumah kecil, tetapi selesa untuk keluarga kecil. Rumah kasih sayang gitu! Biar kata-kata pelanggan membuktikan segalanya..

Keluarga Miss F nak ke kenduri @ Tambun Tulang Arau Perlis. 
Mengambil 1 buah homestay untuk keluarga kecil (5 orang)

Keluarga Miss M dari Ipoh nak ke kenduri Kahwin @ Pekan Pauh, Perlis. 
Mengambil 2 buah homestay untuk keluarga ramai

Keluarga Mr Z dari Negeri Sembilan. Singgah di Perlis untuk ke Padang Besar dan seterusnya ke Langkawi
Mengambil 1 buah homestay untuk keluarga (4 orang)


Terima kasih kepada semua pelanggan yang telah menginap di homestay kami samada di Homestay Pauh Putra Arau Perlis atau Homestay Tambun Tulang Arau Perlis.

Hubungilah sekarang untuk tempahan homestay!:

Pn. Zairina   - 0174696110
Harga : 
 RM130.00 (Semalam) 
Masa : 
Check In : 2.00 petang 
Check Out : 12 tgh hari

Berminat dengan lain-lain homestay?
Jom menginap di Homestay Tambun Tulang Arau, Perlis. 




Homestay Tambun Tulang Arau Perlis mempunyai pakej rumah teres 2 bilik, rumah 3 bilik dan rumah 5 bilik.  Maklumat lanjut, sila klik Homestay TambunTulang Arau Perlis 



( homestay arau, homestay kolej komuniti perlis, homestay kuala perlis, homestay matrikulasi perlis, homestay padang besar, homestay perlis, homestay uitm arau, homestay Ulu Pauh, homestay unimap, homestay universiti malaysia perlis, homestay universiti utara malaysia, homestay Sedhu ram pauh, homestay politeknik tuanku syed sirajuddin perlis, homestay Chuping Perlis, homestay berdekatan felda chuping, homestay kuala perlis, homestay padang besar, homestay changlun, homestay bukit kayu hitam, homestay felda laka selatan, homestay pauh perlis )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...