Tuesday, February 9, 2016

Kebun Sayur @ Homestay Pauh Putra (Ulu Pauh) Arau Perlis

Hai semua,

Homestay Pauh Putra Arau Perlis terletak dalam kawasan kampung. Rugi sekiranya kita tidak menanam sebarang sayur-sayuran untuk kemudahan penghuni homestay. Jadi, inilah sebahagian projek tanam sayuran di Homestay Pauh Putra Arau Perlis. Sekiranya nak guna tumbuh-tumbuhan ni untuk dimasukkan ke dalam masakan anda, dipersilakan ambil di belakang homestay. Harap-harap menjadilah..

Pokok sayuran yang ditanam di belakang homestay seperti kunyit, serai, lengkuas, daun asin-asin, terung pipit. Sayuran Labu air ditanam oleh penduduk kampung untuk dijual di nat dan kedai-kedai kecil. Sekiranya labu air untuk dimasak sebanyak 1 periuk kecil ambik jer kerana tuan pekebun dah bg greenlight sebagai sedekah..kih3..

Tapi sekiranya nak ambil sehingga berguni-guni dan dibawa pulang, kena minta izin dari tuan pokok untuk minta dibeli..tak gitu
Pemandangan di belakang homestay. Buah labu air yang dikutip untuk dijual

Buah Labu air yang tergantung atas pokok..
Luasnyer kebun Labu air nih..tak perlu ke Cameron Highland untuk melihat kebun sayur, di belakang homestay Pauh Putra Arau Perlis pun ada

Serai yang ditanam..harap-harap hidup di musim panas ni

Pokok Herba Terung Pipit baru berbuah..Sesuai dibuat ulam, sayur manis, sambal tomis..
Tadaa..masakan kampung..semua bahan-bahan ambil dari kampung..sayur labu air dan asin-asin dari belakang homestay, terung dari rumah mentua, ikan sumbat nyok. nyok dari rumah..Nyum2..jemput makan..tak sia-sia tau  kita tanam sayuran di belakang homestay
Kemudahan (gambar)

Homestay Pauh Putra Arau Perlis


Jom layan Homestay Pauh Putra dalam bentuk video!


Jaringan

Berikut tempat-tempat yang paling hampir dengan homestay ini. Maklumat lanjut sila klik

-Kompleks Beli Belah Padang Besar (15 minit)
-  Arau (5 minit), Simpang Empat (15 minit), Jejawi (15 minit),Padang Besar (15 minit),  jeti Kuala Perlis (20 minit), Kangar (25 minit), Wang Kelian (35 minit),Kodiang, Kedah (10 minit, Changloon, Kedah (15 minit).

Berhampiran Politeknik & UNIMAP Pauh. Biar gambar berbicara


Hubungilah sekarang untuk tempahan homestay!:
En. Ridzuan - 0124197357
Pn. Zairina   - 0174696110
Harga : 
RM140.00 (Hari Pertama) & 
RM130.00 (Hari Kedua & seterusnya)
Masa : 
Check In : 2.00 petang 
Check Out : 12 tgh hari



( homestay arau, homestay kolej komuniti perlis, homestay kuala perlis, homestay matrikulasii perlis, homestay padang besar, homestay perlis, homestay uitm arau, homestay Ulu Pauh, homestay unimap, homestay universiti malaysia perlis, homestay universiti utara malaysia, homestay Sedhu ram pauh, homestay politeknik tuanku syed sirajuddin perlis )



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...